DAMBA KASIH

Tuesday, 21 January 2014

INSAN PERTAMA DALAM HIDUPKU(MUMMY,ABAH)

Abah, ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu.
Betapa kurindukan redup wajahmu hadir menemaniku..
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan..

Mak,terbayang wajahmu yang redup sayup
Tulusnya kasih yang telah dihamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian...

Abah,Mak
Hidup yang telah dikorbankan biarpun diri sendiri terkorban,tak dapat ku balasi jasa-jasamu..
Restu yang amat ku harapkan kerana disitu terletak syurgaku..aku ingin menjadi anak yang solehah
Ampunilah dosaku andainya pernah aku menghiris hati.
Walau hatimu sering terluka ketika diriku terlanjur kata tak pernah sekalipun,tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan,mengajar penuh pegertian,disaat ku kegagalan,sedia mengajarku erti kekuatan...

Abah,Mak dikaulah insan pertama dalam hidupku.Akan ku balas segala jasa-jasamu
Insyaallah tidak akan ku biarkan air matamu jatuh kerana diriku y6ang berdosa ini...
Sesungguhnya diwarkah kali ini aku amat merindui Abah dan Mak...Menitis lagi air mataku
Insyaallah setiap saat dari hari pertama dilahirkan dan selama-lamanya aku akan menyayangi kedua-duanya.
Aku sedang berubah untuk menjadi anak yang solehah dunia dan akhirat
Ya Allah kau berkatilah dan redhakan akan kedua ibu bapaku yang telah memebesarkanku dengan penuh kasih sayang
Hindarkan wajah mereka daripada disambar api neraka malah,Ya Allah kau berikanlah mereka masuk ke syurgamu yang indah itu....

INSAN YANG KU SAYANG(DALAM HIDUPKU)


Kenangan memberi kita seribu dsatu makna dalam hidup.....aku suka gambar ni sangat2 sbb gambar ni menunjukkan keikhlasan kasih sayang antara kite 3 orang even lagi 8 orang takde dalam gambar  ni...adik min dan adik fitri adik yang paling aku sayang dalam dunia.Tak dapat aku nak luah mcm mane.Sebak hati aku sekarang sbb berjauhan ngan diorang sekarang terutama adik fitri.rindu sangat2 nak suap adik makan,bawak adik jalan waktu petang ngan adik min.adik istimewa sangat2 bagi aku.Aku ikhlas menjaga dia walaupun aku tengah ambik peperiksaan yang penting tahun 2012.Aku suke cite masalah aku kat adik fitri sbb dia sahaja yang faham aku walupun die tak boleh bercakap tapi aku tahu dia faham apa y aku cite dan dia akan doakan aku...Aku bukan nak bangga aku ni bagus dan nak menunjuk2 y aku baik sbb dpt naga adik aku yang istimewa ni tapi ini adalah amanah drpd mak dan abah aku.Abah pernah capak kalau abah takde nanti abah nak tiha yang jaga adik,bela adik selagi mampu.Walaupun mase tu aku gelak2 tapi sebenarnya aku sedang menutup kesedihan aku depan mak,abah..Ya allah besrnya amanah yang mak,abah bagi kat aku.Aku tahu abah harap sangat2 kat aku sbb aku y paling rapat ngan adik fitri.Aku sendiri pun mmg nak jaga adik sampai besar.Andai boleh aku berdoa aku nak biarlah mak,abah ,adik fitri pergi dulu drpd aku supaya aku boleh uruskan jenazah diorang dan hantar diorang sampai ke kubur,biarlah aku menangis kesedihan tapi aku aredha dan aku akn cuba untuk tidak menangis.Bukan aku aku mintak benda yang tak elok tapi inilah realiti yang aku nak,hanya aku je yang faham...2 minggu lepas kawan aku ada tanya mcm mana kalau adik kau dah tak ade dan pergi dulu drpd kau nnt?aku jawab takpe Allah faham kehendak hati aku dan aku redha....waktu kawan aku tanya mcm tu aku tak dpat tahan sebak sbb 2 minggu lepas dan sekarang aku ada kat PSP.Aku rindu sangat...........aku rasa down sangat duduk kat psp ni.Dulu kalau aku belajar kat rumah masa spm.adik menangis nak itu nak ini,adik kacau aku tapi alhamdulillah aku boleh buat,tapi sekarang ni aku sunyi takde org teman aku study waktu malam dan aku rasa tak boleh buat.Subhanallah besarnya kuasa Allah.Adik adalah kekuatan aku selepas mak,abah.Aku bersyukur dikurniakan adik dan ibu bapa yang berjaya mendidik aku untuk menjaga insan ustimewa ini(adik fitri)...Berapa kali dah air mata aku jatuh kat psp ni dari mula masuk sampai tangan aku yang sedang menaip ni sbb menahan kerinduan kat mak,abah,adik fitri.Apa-apa pun aku kene bersyukur,aku punyai kawan di psp ni.Tiap2 hari aku akan telefon mak tanya apa y abah ,adik fitri,adik min,dan abang2,kakak aku buat.Tapi aku tak kuat jugak.dalam sehari mesti aku akan tengok gambar2 dorang waktu malam dan aku akan menangis..So pada penulisan aku kali ni adalah tentang adik fitri sebenarnya..aku sayang adik fitri dan harap dia sihat selalu kerana dia istimewa sangat dan insan yang ku sayang dalam hidup,selain mak,abah,abang2 dan kakak aku.Even aku banyak cerita pasal adik tak semestinya mak,abah,dan 9 orang adik-beradik yang lain aku tak sayang.diorang pun kekuatan aku jugak sebenarnya dan aku pon sayang diorang.Aku cuma nak cerita hubungan kasih sayang antara orang yang aku rapat dalam keluarga iaitu adik fitri.Ya Allah kurangkanlah penderitaan adik fitri.......

Monday, 30 December 2013



JALAN-JALAN CARI MAKAN

PADA SUATU CERITA SEMALAM

ARGHHHH....malunya dalamkelas semalam.Entah macam mana tah boleh set alarm pkul 4 ptg.dah la tak tahu nak gune phone tual maklumlah tukar phone ngan adek sbb phne sendiri hang.Kat psp ni phone tu penting...Aku akan ingat benda ni sampai bila2.lawak gilerrrr.satu kelas gelak yelah dekat setengah jam tak reti tutup alarm tu...Lecturer punbengang n marah je nasib lagu y aku set alarm tu zikir klu lagu lain tak tau la cek..heheh.Ok la inilah cerita semalam.The past can be our memory forever

Saturday, 28 December 2013

MENEMPA KEJAYAAAN,MENOLAK PERITNYA KEBODOHAN

Bagi aku mudah jika nak kejayaaan msti berusaha bersungguh.Imam Syafie pernah berkata"jika kamu tidak tahan lelahnya pelajaran,maka kamu akan menaggung peritnya kebodohan".Aku pernah rase mcm mane tanggung peritnya kebodohan diri sendiri.Jadi mulai detik dari aku masuk belajar aku akan cuba sedaya mungkin menimba ilmu,walaupun tidak tidur seharian,walau menangis air mata darah sekalipun tentang benda y aku tak paham aku tak nak lagi berputus asa.Insyaallah.Siapa kata orang y tidak pandai tiada masa hadapan dan orang yang pandai tiada masa silamnya sebelum menjadi senang.Hanya satu kalimah y mampu ku sebut sewaktu menempuh cabaran yang berat iaitu"Rabbi yassir wala tuassir ya karim"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami...